"Tidak terdapat pun di dalam dunia sekarang ini sebuah kitab yang lebih suci melainkan al-Quran. Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang muncul semenjak 14 kurun yang lalu, kekal tanpa sebarang penyelewengan dan pemindahan."
Adapun kitab Taurat, sememangnya setiap Muslim wajib percaya bahawa ia adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi AS. Tetapi kitab Taurat yang ada sekarang ini di tangan Yahudi yang dikenali dengan nama 'Perjanjian Lama' adalah kitab yang telah diselewengkan dalam berbagai versi terjemahan antaranya Genesis, Exodus, Deutronomi, Number dan Levicitus kononnya disebut Taurat. Selain kitab 'Perjanjian Lama' orang Yahudi memiliki satu kitab lagi yang disebut sebagai Talmud.
Banyak tafsiran yang menyeleweng dibuat oleh pendeta-pendeta Yahudi sehingga mereka mentakwilkan apa sahaja ayat yang menyentuh kepada persahabatan dan kepentingan manusia dikhususkan kepada kaum Yahudi semata-mata. Mereka menganggap bangsa lain adalah binatang yang boleh ditindas sesuka hati. Kitab yang didakwa kononnya Taurat itu juga pernah memuatkan isi kandungan yang tidak masuk akal apabila Tuhan diriwayatkan kalah dalam perlawanan Tuhan dengan Syaitan. Jelasnya ajaran mereka yang memusuhi bangsa adalah suatu dusta yang jauh terpesong dari ajaran para nabi dan rasul-rasul AS terdahulu yang menyemai akidah yang benar, kasih sayang, persaudaraan, hak kemanusiaan, dan sebagainya.
Kitab Talmud pula, juga membawa fikrah yang menyesatkan apabila ayat-ayat asal daripada kitab Taurat yang berkaitan dengan amalan keagamaan dibuat penafsiran dan dicampur dengan kefahaman yang bercanggah dengan makna asal sebutannya. Pengharaman mencuri contohnya, sepatutnya ditujukan kepada umum manusia, tetapi amalan syariat mereka mengharuskan mencuri daripada orang selain Yahudi. Bahkan para pendeta Yahudi pernah mengeluarkan fatwa mengharuskan pembunuhan terhadap orang-orang awam oleh tentera Yahudi dalam peperangan sebagaimana yang dilakukan di Lubnan meskipun kitab mereka menyebut sabaliknya. Ini sangat berbeza dengan syariat islam yang memuliakan hak kemanusiaan secara mutlak tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan, sebagainya seperti firman Allah SWT.
"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami bawa mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan".
[al-Isra ; 70]
Nabi SAW sendiri pernah berdiri kerana menghormati jenazah seorang Yahudi yang dibawa. Apabila para sahabat bercakap-cakap mengenai Yahudi tersebut, lalu baginda menegah dengan bersabda:
"Tidakkah dia juga adalah satu jiwa?".
Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW pernah melawat seorang Yahudi yang sakit tenat dan mengajak memeluk Islam untuk memperoleh kesejahteraan di akhirat. Semua ini menandakan islam menghormati hak dan hubungan kemanusiaan tidak seperti ajaran kitab Yahudi yang telah diselewengkan.
Ketetapan al-Quran sememangnya tidak dapat diselewengkan. Walaupun telah berkali-kali usaha meminda dan memalsukan al-Quran dibuat musuh-musuh Islam namun semuanya dipatahkan. Allah SWT telah menjamin kemuliaan dan pemeliharaan ke atas al-Quran hingga akhir zaman. Hinggalah al-Quran diangkat ke langit yang mana menandakan kiamat sudah hampir menjelma.
Posted in Sejarah Al-Quran
By Anugerah Quran.